sabtu
Hari aku berada di UITM dungun kerna hari ini adalah hari yang bermakna selama aku begelar ayah....
Anak sulung aku hari ni mendaftar sebagai pelajar kejuteraan eletrik di UITM Dungun ni...
Kami sampai dari KL lebih kurang pukul 4 pg...kami singgah di pertonas dan tido didalam kereta sementara masuk waktu subuh....
Bila azan subuh berkumandang kami mencari surau untuk solat subuh...
selesai solat kami mencari rumah sepupu aku yang tinggal di Sura Tengah
Kerana memang dah berjanji kalau kami sampai akan terus ke rumah nya...
Beliau suami isteri adalah pensyarah di UITM ini...
Sementara kami menunggu sepupu aku menjemput kami didepan sekolah Sura Tengah
sempat kami menyedut udara laut di waktu subuh2 begini....

Diatas ada lah gambar permandangan waktu subuh di Sura tengah
Selepas kami singgah di rumah sepupu aku untuk mandi dan berehat sekejab untuk menhilang lengguh2 badan....
Supupu aku mejamu kami sekeluarga dengan nasi dagang trganu berserta kuih muih...
Selesai mengalas perut kami pun bertolak ke UITM pula sebab waktu perdaftaran nya hampir tiba...
Rumah sepupu aku dengan UITM tu jaraknya lebih kurang 1km je...
Selesai melapor diri dan dapat kunci hostel kami pun memasukkan barang2 along naik ke hostel yang berada ditingkat 2....
Isteri aku menyusun barang2 along ala kadar didalam almari...sementara aku hanya jadi permerhati jee...
Ibu bapa di izin kan untuk membawa anak2 keluar sementara....jadi aku pun membawa mereka semua ke tepi Teluk Gading yang bersebelahan dengan UITM tu...
Sepupu aku menjemput kami sekeluarga untuk makan tengah hari dirumahnya...
tapi waktu tu baru pukul 11 lebih..jadi kami pun membeli air dan kepok lekor yang ada dijual di tepi pagar UITM tu...

Diatas adalah permadangan Teluk Gading Sura Hujung
Dibawah ni aku selit kan gambar2 yang kami rakam di Teluk Gading...
Kami berehat sambail bersantai2 di sini sementara menunggu pukul satu tengah hari...

Ni gambar anak2 aku teruja nak tangkap anak ketam kat kuala ni...

Anak bujang aku sorang ni merayu nak mandi bila nampak air tu...







